Friday, December 11, 2009

Exam Semester 1 bagi pelajar sesi 2009/2010 budak KMB dah melabuh tirainya.

Exam Semester 1 bagi pelajar sesi 2009/2010 budak KMB dah melabuh tirainya.
Bagi saya soalannya sangat susah belaka. Terutama Fizik, Math dan English B. Entah la, nak kata x prepare mungkin gak kot. Tapi apa yang dapat diambil pengajaran disini ialah persediaan kita itu.
Saya akui persediaan saya untuk peperiksaan semester satu ini tidaklah seberapa pun, jadi tidak hairanlah mengapa saya gagal menjawab dengan yakin “paper-paper”.
Oleh itu, saya bertekad untuk memperbaiki diri saya untuk ke arah lebih cemerlang berbanding apa yang dilakukan semasa disemester satu. Namun, ingatlah bahawa mungkin juga saya ada kesilapan dalam menuntut ilmu. Wallahualam. Mungkin niat saya bercanggah dari hakikat kita selaku hamba Allah iaitu melakukan sesuatu ibadat semata-mata kerana Allah (52:56).
Selaku insane yang mengakui diri sebagai generasi Rabbani seperti yang tercatat pada (3:179), saya haruslah belajar bersungguh-sungguh. Syukur Alhamdulillah, akhirnya saya telah mendapat rentak untuk belajar di KMB ini. Namun ianya tercipta sehari sebelum peperiksaan Semester 1. Agak terlambat bagi semester ini, tapi tidak mengapa ianya sangat berguna bagi semester yang akan datang. Kita harus berjihad bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Insya-Allah, saya berdoa agar saya dan rakan-rakan yang lain terutama senasib dengan saya akan berusaha bersungguh pada semester akan datang dan berusaha mendapat rentak belajar di KMB. Wallahualam.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

  • Social Distancing - Dalam Bahasa Melayu, istilah ini diterjemahkan sebagai Penjarakkan Sosial (dbp.gov.my). Dalam konteks masa sekarang, ada istilah lebih tepat berbanding i...
    4 years ago
Blog contents © Kembara Seorang Insan 2009. Blogger Template by Nymphont.