Wednesday, December 9, 2009

Usrah Terakhir Buat Semester 1

Tanggal 08 December 2009 merupakan perjumpaan terakhir bagi kumpulan usrah saya. Agak sedih juga untuk berhenti walaupun seketika kerana saya risau bahawa sekiranya berada di rumah.........Mutabaah Memang DOWN!!!!


Hurm.... mengenaim down Mutabaah pernah di tegur oleh murabbi saya yang mengatakan bahawa "DOWNnya" mutabaah seseorang itu bukan sesuatu yang dijadikan bahan jenaka. Sebaliknya kita harus rasa malu pada Allah S.W.T kerana amalan seharian kita berkurangan sedangkan nikmat yang diganjarkannya tiada ternilai dan tidak pernah henti. Oleh itu kami anak halaqah di nasihatkan agar sentiasa berusaha menjaga amalan sepanjang masa.


Usrah yang terakhir ini memperingatkan tentang jihad. Jihad atau Jahada iaitu bersungguh-sungguh. Sesuatu amalan itu perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Tiada amalan yang setaraf dengan jihad di Jalan Allah.

Akhi Faqih juga mengaitkan jihad dengan pelajaran. Tertarik dengan analogi yang diberinya iaitu "Jika kita katakan bahawa perbuatan kita menuntut ilmu itu sebagai jihad, tetapi mengapa tiada kesungguhan didalamnya. Kadang-kadang kita masih lagi alpa dan leka. Misalnya, melepak dan menghabiskan masa lapang dengan bermain permainan komputer."

"Bayangkan suatu pasukan tentera yang sedang berperang masih boleh lagi lepak bermain permainan komputer atau sembang kosong seharian. Pastinya pasukan tentera ini kalah atau layak dikatakan bahawa pasukan tentera ini telah menempa kekalahan awal lagi"

Begitu jelas bukan? Saya tersentak sejenak daripada penerangan itu. Saya sedar bukan saya saja tetapi ramai lagi yang masih berkelakuan sebegini. Oleh itu, ayuh kita tanam azam baru agar kita akan mengembling tenaga dengan bersungguh-sungguh untuk berjihad mulai esok.

TERLAMBAT?????

Kadang kala dalam usaha untuk melakukan perubahan, sering kita takut ada yang akan ada pihak mengatakan sesuatu yang kurang baik terhadap kita. Misalnya :

"Baru Nak Insaf"
"Baru Nak Sedar"
"Eh..... Nak Buat Baik Pulak"
"Dah Terlambat la"
atau apa saja lagi perkataan yang bakal dilafazkan seseorang secara terus atau melaui sindiran jenaka.

Namun bagi saya itu bukan penghalang. Mengapa perlu malu dengan mereka. Kita seharusnya malu kepada Allah S.W.T atas dosa yang telah dilakukan. Oleh itu, dalam berusaha untuk menjadi generasi yang Rabbani kita haruslah berhijrah kearah yang lebih baik tanpa rasa malu terhadap orang lain.

Saya pernah terbaca buku "Strategi Dakwah" yang mengatakan bahawa
"Takut untuk melakukan amalan kerana takut dikatakan riak, sebenarnya adalah Riak".

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

  • Social Distancing - Dalam Bahasa Melayu, istilah ini diterjemahkan sebagai Penjarakkan Sosial (dbp.gov.my). Dalam konteks masa sekarang, ada istilah lebih tepat berbanding i...
    4 years ago
Blog contents © Kembara Seorang Insan 2009. Blogger Template by Nymphont.